Sunday 11 November 2012

TAHNIAH

Assalamualaikum....apa kabar semua...

Untuk hari nie, Alhamdulillah bersyukur kepada illahi, atas segala nikmat yang telah aku dapat sepanjang 22 tahun kehidupan di alam dunia ini. setiap cabaran dan rintangan yang aku lalui adalah untuk mematangkan dan menguatkan diri aku serta menjadikan aku seorang yang lebih mengenali akan diri aku dan orang lain yang berada di sekitar aku..

alhamdulillah hari nie, tengah2 ber fb td, aku dapat satu panggilan daripada kawan baik..kawan yang sangat aku hormat dan sangat aku sayang...dia kol, dengan memulakan bicara dengan bertanya kabar aku..aku alhamdulillah sihat.seperti biasa..setelah beberapa ketika berbicara dengannya, rupanya ada sesuatu yang ingin disampai...dalam fikiran aku, aku mula meneka apa yang nak disampai oleh nya..tekaan aku hanya satu..tidak ada jawapan yang lain bermain dalam kepala aku ketika itu..aku terus bertanya apa yang nak disampai....lalu dia bercerita,,tekaan aku mengena..dengan apa yang diceritakan itu, aku mula tersenyum, n tenang menghadapi dan mendengar setiap tutur kata yang dikeluarkan olehnya..

tidak ada ucapan lain yang dapat aku ucapkan kepada sahabat aku melainkan ucapan tahniah dan secedis doa untuknya, "semoga berbahagia bersamanya".

aku tidak boleh berkata apa2..dalam hati hanya berdoa, Ya Allah, kau telah makbulkan doa hamba mu ini Ya Allah...Kau satukan lah hati mereka untuk selamanya, Kau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah, Kau lindungilah mereka,Kau bahagiakan mereka berdua Ya Allah...

itu untuk sahabat aku, untuk aku, aku xpernah lupa mendoakan diri aku supaya dilapangkan hati,tenangkan fikiran, dipermudahkan segala urusan,,,diberi kekuatan dan ketabahan beserta dengan kesabaran untuk menghadapai hari-hari yang mendatang..hanya pada Mu aku berserah, dan hanya pada Mu aku memohon pertolongan...

SEMOGA BERBAHAGIA..IKHLAS DARI AKU ZULKEFLI.....

Wednesday 7 November 2012

TEMUDUGA

setiap lepasan universiti semestinya ingin mencari kerja yang terbaik untuk dirinya yang mana merangkumi aspek gaji yang tinggi, serta jawatan yang sepadan dengan kelulusan..ini lah idaman setiap lepasan universiti.

walaubagaimanapun, sebelum kita dapat apa yang kita nak seperti yang ternyata di atas, kita akan melalui beberapa proses penting yang mana boleh dikatakan sebagai proses penilaian terhadap diri kita secara keseluruhannya atau dengan kata lain ialah proses TEMUDUGA.. Pada peringkat ini beberapa aspek pentign perlu di titik beratkan oleh calon-calon yang akan menghadapi temuduga..

1) Penanpilan Diri.

     -penampilah adalah penilaian yang pertama akan dilakukan oleh para penemuduga terhadap calon yang mana merangkumi, pemakaian,etika-etika temuduga, hormat, percakapan, dan beberapa perkara yang berkaitan sebelum bermulanya temuduga....


2) Keputusan Yang Diperoleh (CGPA)

    - penemuduga akan mula melihat kepada keputusan yang diperoleh oleh setiap calon. tapi zaman sekarang, kebiasaan nya bagi calon yang memperolehi keputusan 3.0 dan keatas adalah mempunyai ruang dan peluang yang lebih cerah untuk memdapat pekerjaan.

3) Komunikasi.

   -komunikasi adalah satu aspek yang sangat penting dalam proses temuduga.. ini kerana penemuduga akan melihat kebolehan dan keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan baik. sekiranya kita gagal, agak sukar untuk syarikat menerima pekerja.. sebab itu, setiap calon perlu meningkatkan kemahiran komunikasi sejak dari zaman universiti lagi.. dalam hal ini juga, penguasaan sesuatu bahasa juga sangat penting..ini kerana zaman sekarang banyak syarikat yang menggunakan bahasa inggeris dalam operasi syarikat. jadi ambil lah peluang untuk belajar beberapa bahasa yang lain seperti inggeris, cina, dan sebagainya..



4) Kemahiran Pembentangan.

   -apabila jawatan yang dipohon adalah jawatan pegawai dan keatas, maka calon mestilah pandai dalam membuat pembentangan. pembentanya yang dimaksudkan tidak kira apa-apa aspek sekali pun...sebagai contoh calon memohon untuk jawatan sebagai pegawai sumber manusia, calon mestilah pandai membuat pembentangan berkaitan isu-isu yang berkaitan sumber manusia seperti cara menyelesaikan masalah, cara meningkatkan motivasi pekerja dan sebagainya... jangan terkejut, pembentangan mungkin ada dalam proses temuduga anda..jadi bersedialah dan menganbil peluang untuk belajar.





5) Penguasaan Teknologi.

   -bukan nak suruh menguasai semua teknologi yang ada, tapi sekurang-kurangnya kemahiran atau asas-asas dalam mengendalikan teknologi ada di dalam diri kita... contohnya kemahiran komputer,kalau kita lihat zaman sekarang, kebanyakan syarikat atau institut pengajian tinggi banyak menggunakan komputer dalam proses perlaksanaan kerja dan pembelajaran seharian.. sebab itu kita perlu menguasai nya untuk menghadapi alam pekerjaan yang akan datang..


walaubagaimanapun, sekiranya kita mempunyai keputusan yang sangat baik, tetapi kita tidak ada beberap[a kemahiran seperti di atas, peliang untuk kita mendapat pekerjaan tersebut adalah tipis...ini kerana kita mempunyai pesaiang yang sangat sengit pada zaman sekarang..dan kita perlu jadi yang terbaik di antara yang terbaik....kepada yang masih belajar, ambil lah peluang ini untuk meningkatkan kemehiran komunikasi,pembentangan,bahasa, dan teknologi...

akhir kata, semoga berjaya kepada yang mana akan pergi temuduga, dan kepada yang masih belajar jangan lupa untuk belajar bagi melengkapkan diri bagi menghadapai alam pekerjaan yang sebenar.

Tuesday 6 November 2012

BETAPA INDAHNYA SAAT ITU

mula-mula aku menjejakkan kaki.....aku mula mencari kawan-kawan baru,aku mula mengenali kawan-kawan aku.....mencari dan terus mencari untuk memanbah koleksi kawan2 aku...aku suka berkawan. dan aku memang ramai kawan....dalam pencarian tersebut, aku terjumpa seorang yang telah membuatkan aku untuk mengenali dirinya..walaupun aku tidak mengetahui namanya, aku nak sangat kenal akan dirinya..\

bila diberi peluang untuk mengenali dirinya, aku mula mengenali dirinya..aku nak tahu tentang dirinya, kehidupannya dan sebagainya...sama la macam orang lain yang baru nak mengenali seseorang...itu juga yang aku lakukan..aku mengenali dirinya bukan kerana rupanya, dan bukan kerana apa yang dia miliki, tetapi aku mengenali dirinya kerana aku tahu dia mampu untuk memahami akan diri aku..itu sebab kenapa aku nak mengenali dirinya...mungkin akan ada orang yang cakap dibelakang..tapi aku tidak pedulikan apa yang orang kata, kerana aku tahu apa yang aku buat,n apa yang aku niatkan....semasa berkenalan aku sentiasa berdoa, ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku, Kau satukanlah hati kami, dan jika dia bukan jodohku, Kau jadikanlah kami sebagai sahabat untuk selamanya..setiap hari aku ucapan itu la yang keluar dari bibir aku memohon kepada NYA..aku tidak ada tempat lain untuk mengadu selain dari mengadu kepadaNYA..hanya kepadaNYA aku berserah, dan hanya kepadaNYA aku memohon pertolongan....

aku juga serahkan segala nya kepada ALLAH..kerana dalam doa ku, sekiranya apa-apa berlaku, KAU kuatlah diriku, KAU tingkatkan lah kesabaran ku, kerana aku Redha dengan setiap apa yang berlaku..walaupun mudah diungkapkan, sebenarnya amat sukar dilaksanakan..tp aku tahu, sebarang kesulitan yang melanda, aku hanya meminta ketenangan dari NYA..tiada orang lain lagi yang mampu memberi ketenangan seperti mana yang diberi olehNYA...aku tidak akan pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan kawan2 aku yang lain, kerana aku rela berkorban untuk lihat orang lain bahagia dan berjaya, aku rela bekerja lebih kuat untuk memberi orang lain kesenangan...kerana itu adalah diri aku....kerana aku yakin bahawa ALLAH SWT sentiasa ada bersama aku....

aku juga memohon agar dijauhkan dari diri aku perasaan hasad dengki, perasaan untuk membenci orang lain, dan sebagainya....kerana aku xnak perasaan itu menyebabkan pergaduhan di antara aku dan kawan2 aku...
aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawan2 aku...n aku sentiasa mendoakan kawan2 aku...mudah-mudahan doa aku diterima olehNYA..INSYAALLAH.....


Sunday 4 November 2012



SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA....

walau pon kita tau bukan mudah untuk melupakan sesuatu, terutama kenangan yang indah...apabila berkata tentang kenangan,kita xperlukan masa yang lama untuk menjadikan kenangan itu sangat indah dalam hidup kita, cukup dalam masa yang singkat....ia sudah memadia untuk kita ingat buat selamanya...apatah lagi kalau kenangan itu telah lama tercipta...

yang pasti kita kene yakin dan percaya bahawa apa yang berlaku telah diatur dan ada sebabnya yang tersendiri....berdoalah memohon ketenangan akan setiap sesuatu yang menimpa diri kita...apabila kita tenang,kita akan lebih rasional dalam membuat keputusan.....xperlu la untuk membenci dan sebagainya..
PERTEMUAN DAN PERPISAHAN ADALAH KERANA ALLAH S.W.T

apabila kita bertemu dan berkasih sayang kerana ALLAH S.W.T..nescaya kita akan mengecapi kebahagian yang tidak kita sangka....

dan apabila kita perpisah juga kerana ALLAH S.W.T, nescaya perpisahan kita itu membawa seribu erti kepada kita

tak perlu la untuk kita membenci, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan orang lain....kerana perbuatan itu semua mendatang keburukan kepada kita...cuba fikir, adakah patut kerana cinta kita xmakan berhari2, tp tu kira ok lagi...last2 dia makan jugak....tp ada yang lebih teruk sampai nak terjun bangunan...tp yang peliknya nak terjun dari tingkat satu...kenapa x terjun dari tingkat 18....alang-alang menyelup mpekasan biar sampai ke pangkal lengan...semua perbuatan nie haya memudaratkan diri serta menyusahkan orang lain....tp punya la degilnya manusia,dia cakap aku buat macam nie sebab nak bagi kerja kat bomba untuk selamatkan aku......nampak sangat kan yang masih xsedar diri........

kalau macam nie la sikiap setiap manusia....macam mana kita nak dapatkan keredhaan dari NYA..

sama2 kita renungkan, sejauh mana kekuatan diri kita, dalam menjalani kehidupan seharian dengan mengharapkan keredhaan dari ALLAH S.W.T..
BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA MILIKI HARI INI..........

assalamualaikum...selamat petang....



dalam kehidupan kita pelbagai perkara yang kita lalui. tak kira dimana kita berada, xkira jam berapa, xkira dengan siapa..macam2 yang terjadi.. Aku bukan lah seorang yang baik, banyak kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan...tp walaubagaimanapon aku berusa untuk menjadi lebih baik dari sebelum nie...

kalau dulu aku selalu merasa kan yang hidup aku hanya aku seorang, sebab, setiap apa yang aku lakukan adalah bersendirian dan dengan usaha sendiri. Sampai satu tahap aku merasakan yang aku x ada yang sayang terutama family aku...sebab apa cakap macam tu, sebab aku xpenah dapat apa yang aku mintak atau apa yang aku mintak.. aku selalu bandingkan dengan apa yang orang lain boleh dapat.

sejak dari kecil, apa yang aku nak,aku akan berusaha, ingat masa aku darjah enam,ketika tu permainan kereta kawalan jauh sangat popular..aku nak sangat dapatkan.. tp apabila aku minta,aku xdapat..jadi aku terpaksa berusaha dengan membantu emak aku berniaga di bazar ramadan.. alhamdulillah berniaga ni adalah kebiasaan aku kerana sejak dari darjah empat lagi aku dam mula diajar untuk berniaga..jadi aku boleh la berniaga di bazar ramadan. hanya aku seorang yang berniaga.bermula jam 3.30 petang sampai la 6.30-7.00 malam..pelbagai perasaan yang ada,bosan,penat,dan sebagainya.. tapi untuk mendapatkan apa yang aku nak ketika itu,aku kuatkan diri aku sehingga ke akhir ramadan..dengan berniaga nie aku dapat lah upah sikit dan aku akan simpan upah tersebut.akhirnya lepas raya aku dapat beli apa yang nak ketika itu, tp yang bestnya ayah bagi RM10 sebagai tambahan, kerana aku dapat 1A dalam upsr..walaupon kecik,aku gembira ketika....

usia terus meningkat,perjalan harian seperti biasa, aku meruskan pengajian ke sekolah menengah..semasa ini, aku mula merasakan kenapa mesti yang kene buat,kenapa mesti aku yang kene ikut..sebab aku cakap cam nei kerana aku kene ikut ayah aku ke kebun.pagi pergi sekolah,petang pergi ke kebun,penat,panas..aku nak macam anak orang lain,petang boleh tengok tv,rehat,tidur dan sebagainya...tp aku xdapat..nasib baik pata tingkatan 3,petang ada kelas tambahan,so aku boleh pergi sekolah dan xpayah ikut ayah pergi kebun.boleh duduk dengan kawan-kawan dan sebagainya..walaupun begitu,sabtu ahad aku tetap kene pergi kebun..selepas PRM,untuk lari dari semua tu,aku membuat keputusan untuk ke sekolah menengah teknik.supaya aku xperlu lagi ke kebun,buat kerja penat2.sebabnya aku xpernah dapat apa-apa pon dari kerja yang aku buat tu,kadang2 buat kerja bagai nak rak,tp dapat RM20..aku bukan orang lain,anak ayah aku,xboleh kew bagi lebih sikit...aku teruskan pengajian di sekolah menengah teknik..2 tahun kat sana,macam2 aku belajar..aku akan balik ke kampung hanya 2 bulan sekali, ataupon ketika aku rasa nak balik..time cuti panjang pon aku still kene buat benda yang sama jugak...aku tengok abang aku,dia belajar jauh,time cuti bila dia balik,dia dapat rehat,aku time cuti still kene buat benda yang sama..kenapa aku perlu buat semua tu,n abg aku xkene..itu yang berlaku sepanjang tempoh persekolahan...

setelah tamat SPM,situasi aku xpenah berubah,sama jew seperti apa yang berlaku sebelumnya,,sehinggalah aku meruskan pengajian di politeknik. time nie, yang hantar aku untuk mendaftar hanyalah akak aku jew..mak n ayah aku xikot.xpewla,sbb ayah aku cakap 6t timo konvo nak datang. jauh merantau ke utara untuk mencari ilmu, macam biasa time nie dah besar sikit aku nak la try mintak moto..mana tau kot2 dapat..tp jawapan tetap sama,n apa yang aku yang aku mintak memang xdapt..macam biasa la,aku akan jarang balik ke kpg..hanya cuti2 panjang aku akan balik...3 tahun di utara,hidup dengan apa yang aku ada,jarang nak ada pertambahan kepada diri aku,kecuali bila ada lebihan dari pinjaman ptptn aku akan membeli beberapa benda yang aku nak..tu pon senyap2...takut 6t kene marah plak...aku nak merasa apa yang orang lain rasa,apa yang orang lain dapat,, aku akan penuhkan jadual aku dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan di poli untuk mengelakkan aku dari pikir yang bukan2...

seteklah tamat,tiba time konvo..aku mengharapkan majlis konvo aku akan dihadiri oleh ahli keluarga aku sekurang2nya mak dan ayah aku, tapi,sebaliknya berlaku, majlis konvo aku hanya aku sorang jew yang pergi. bila sampai kat poli,sedih sangat bile tengok kawan2 aku semua dengan ahli keluarga masing2..tp apa boleh buat,,aku kena la terima yang time tu aku sorang jew...yang sedihnya, majlis konvo akak dan abg aku family aku pergi,tp tiba time aku,xda orang yang pergi........

sehingga aku merasa kan bahawa aku nie xda orang yang sayang,aku nie anak angkat,dan macam2 lagi perasaan yang tidak sedap didengar..

tiba satu hari,aku keluar dengan seorang yang aku rasa dia banyak membantu aku aku,meningkatkan motivasi aku,,dia cakap "kau jangan samakan mak ayah ko, dengan mak ayah orang lain,kau jangan cakap mak ayah kau xsayang kau"mesti ada sebab kenapa dia xdatang,mesti ada sebab kenapa apa yang kau nak dia xbagi....

aku mula berfikir, sepanjang pembelajaran aku, bila aku mintak duit,mak ayah akau akan bagi,walau sikit pon.kalau aku balik kampung,n aku nak balik semula,mak ayah aku akan tanya,ada duit x?cukup x duit?
sejak dari itu,aku sentiasa terfikir, akan setiap apa yang mak ayah aku buat untuk aku, dan aku mula sedar, walaupon aku xdapat apa yang orang lain dapat, mak ayah aku tetap amik berat tentang aku,,,sejak dari itu juga aku meletakkan diri aku sebagai orang yang bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab aku tau ada orang yang xdapat apa yang aku dapat..aku mula hilangkan perasaan dan rasa yang aku nie xda orang sayang dan sebagainya....

mula dari itu juga, aku mula belajar bahawa aku kene sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini, dan aku kene berusaha untuk mendapatkan apa yang aku perlu untuk masa depan aku.....dan sekarang,,alhamdulillah semua kembali seperti biasa,dan aku lebih tenang dalam menghadapi setiap apa yang akan berlaku di masa depan....

akhir kata,bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari nie....sebab, ada orang, yang xda apa yang kita ada....

Saturday 3 November 2012

assalamulaikum...
syukur kepada Allah SWT..dengan limpah dan kurniaaNYA dapat wujudkan blog nie atas tujuan perkongsian perkara-perkara yang boleh mendatang kan kebaikan kepada semua..terutama diri saya sendiri..