Wednesday 7 November 2012

TEMUDUGA

setiap lepasan universiti semestinya ingin mencari kerja yang terbaik untuk dirinya yang mana merangkumi aspek gaji yang tinggi, serta jawatan yang sepadan dengan kelulusan..ini lah idaman setiap lepasan universiti.

walaubagaimanapun, sebelum kita dapat apa yang kita nak seperti yang ternyata di atas, kita akan melalui beberapa proses penting yang mana boleh dikatakan sebagai proses penilaian terhadap diri kita secara keseluruhannya atau dengan kata lain ialah proses TEMUDUGA.. Pada peringkat ini beberapa aspek pentign perlu di titik beratkan oleh calon-calon yang akan menghadapi temuduga..

1) Penanpilan Diri.

     -penampilah adalah penilaian yang pertama akan dilakukan oleh para penemuduga terhadap calon yang mana merangkumi, pemakaian,etika-etika temuduga, hormat, percakapan, dan beberapa perkara yang berkaitan sebelum bermulanya temuduga....


2) Keputusan Yang Diperoleh (CGPA)

    - penemuduga akan mula melihat kepada keputusan yang diperoleh oleh setiap calon. tapi zaman sekarang, kebiasaan nya bagi calon yang memperolehi keputusan 3.0 dan keatas adalah mempunyai ruang dan peluang yang lebih cerah untuk memdapat pekerjaan.

3) Komunikasi.

   -komunikasi adalah satu aspek yang sangat penting dalam proses temuduga.. ini kerana penemuduga akan melihat kebolehan dan keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan baik. sekiranya kita gagal, agak sukar untuk syarikat menerima pekerja.. sebab itu, setiap calon perlu meningkatkan kemahiran komunikasi sejak dari zaman universiti lagi.. dalam hal ini juga, penguasaan sesuatu bahasa juga sangat penting..ini kerana zaman sekarang banyak syarikat yang menggunakan bahasa inggeris dalam operasi syarikat. jadi ambil lah peluang untuk belajar beberapa bahasa yang lain seperti inggeris, cina, dan sebagainya..



4) Kemahiran Pembentangan.

   -apabila jawatan yang dipohon adalah jawatan pegawai dan keatas, maka calon mestilah pandai dalam membuat pembentangan. pembentanya yang dimaksudkan tidak kira apa-apa aspek sekali pun...sebagai contoh calon memohon untuk jawatan sebagai pegawai sumber manusia, calon mestilah pandai membuat pembentangan berkaitan isu-isu yang berkaitan sumber manusia seperti cara menyelesaikan masalah, cara meningkatkan motivasi pekerja dan sebagainya... jangan terkejut, pembentangan mungkin ada dalam proses temuduga anda..jadi bersedialah dan menganbil peluang untuk belajar.





5) Penguasaan Teknologi.

   -bukan nak suruh menguasai semua teknologi yang ada, tapi sekurang-kurangnya kemahiran atau asas-asas dalam mengendalikan teknologi ada di dalam diri kita... contohnya kemahiran komputer,kalau kita lihat zaman sekarang, kebanyakan syarikat atau institut pengajian tinggi banyak menggunakan komputer dalam proses perlaksanaan kerja dan pembelajaran seharian.. sebab itu kita perlu menguasai nya untuk menghadapi alam pekerjaan yang akan datang..


walaubagaimanapun, sekiranya kita mempunyai keputusan yang sangat baik, tetapi kita tidak ada beberap[a kemahiran seperti di atas, peliang untuk kita mendapat pekerjaan tersebut adalah tipis...ini kerana kita mempunyai pesaiang yang sangat sengit pada zaman sekarang..dan kita perlu jadi yang terbaik di antara yang terbaik....kepada yang masih belajar, ambil lah peluang ini untuk meningkatkan kemehiran komunikasi,pembentangan,bahasa, dan teknologi...

akhir kata, semoga berjaya kepada yang mana akan pergi temuduga, dan kepada yang masih belajar jangan lupa untuk belajar bagi melengkapkan diri bagi menghadapai alam pekerjaan yang sebenar.

No comments:

Post a Comment