Sunday 4 November 2012

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA MILIKI HARI INI..........

assalamualaikum...selamat petang....



dalam kehidupan kita pelbagai perkara yang kita lalui. tak kira dimana kita berada, xkira jam berapa, xkira dengan siapa..macam2 yang terjadi.. Aku bukan lah seorang yang baik, banyak kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan...tp walaubagaimanapon aku berusa untuk menjadi lebih baik dari sebelum nie...

kalau dulu aku selalu merasa kan yang hidup aku hanya aku seorang, sebab, setiap apa yang aku lakukan adalah bersendirian dan dengan usaha sendiri. Sampai satu tahap aku merasakan yang aku x ada yang sayang terutama family aku...sebab apa cakap macam tu, sebab aku xpenah dapat apa yang aku mintak atau apa yang aku mintak.. aku selalu bandingkan dengan apa yang orang lain boleh dapat.

sejak dari kecil, apa yang aku nak,aku akan berusaha, ingat masa aku darjah enam,ketika tu permainan kereta kawalan jauh sangat popular..aku nak sangat dapatkan.. tp apabila aku minta,aku xdapat..jadi aku terpaksa berusaha dengan membantu emak aku berniaga di bazar ramadan.. alhamdulillah berniaga ni adalah kebiasaan aku kerana sejak dari darjah empat lagi aku dam mula diajar untuk berniaga..jadi aku boleh la berniaga di bazar ramadan. hanya aku seorang yang berniaga.bermula jam 3.30 petang sampai la 6.30-7.00 malam..pelbagai perasaan yang ada,bosan,penat,dan sebagainya.. tapi untuk mendapatkan apa yang aku nak ketika itu,aku kuatkan diri aku sehingga ke akhir ramadan..dengan berniaga nie aku dapat lah upah sikit dan aku akan simpan upah tersebut.akhirnya lepas raya aku dapat beli apa yang nak ketika itu, tp yang bestnya ayah bagi RM10 sebagai tambahan, kerana aku dapat 1A dalam upsr..walaupon kecik,aku gembira ketika....

usia terus meningkat,perjalan harian seperti biasa, aku meruskan pengajian ke sekolah menengah..semasa ini, aku mula merasakan kenapa mesti yang kene buat,kenapa mesti aku yang kene ikut..sebab aku cakap cam nei kerana aku kene ikut ayah aku ke kebun.pagi pergi sekolah,petang pergi ke kebun,penat,panas..aku nak macam anak orang lain,petang boleh tengok tv,rehat,tidur dan sebagainya...tp aku xdapat..nasib baik pata tingkatan 3,petang ada kelas tambahan,so aku boleh pergi sekolah dan xpayah ikut ayah pergi kebun.boleh duduk dengan kawan-kawan dan sebagainya..walaupun begitu,sabtu ahad aku tetap kene pergi kebun..selepas PRM,untuk lari dari semua tu,aku membuat keputusan untuk ke sekolah menengah teknik.supaya aku xperlu lagi ke kebun,buat kerja penat2.sebabnya aku xpernah dapat apa-apa pon dari kerja yang aku buat tu,kadang2 buat kerja bagai nak rak,tp dapat RM20..aku bukan orang lain,anak ayah aku,xboleh kew bagi lebih sikit...aku teruskan pengajian di sekolah menengah teknik..2 tahun kat sana,macam2 aku belajar..aku akan balik ke kampung hanya 2 bulan sekali, ataupon ketika aku rasa nak balik..time cuti panjang pon aku still kene buat benda yang sama jugak...aku tengok abang aku,dia belajar jauh,time cuti bila dia balik,dia dapat rehat,aku time cuti still kene buat benda yang sama..kenapa aku perlu buat semua tu,n abg aku xkene..itu yang berlaku sepanjang tempoh persekolahan...

setelah tamat SPM,situasi aku xpenah berubah,sama jew seperti apa yang berlaku sebelumnya,,sehinggalah aku meruskan pengajian di politeknik. time nie, yang hantar aku untuk mendaftar hanyalah akak aku jew..mak n ayah aku xikot.xpewla,sbb ayah aku cakap 6t timo konvo nak datang. jauh merantau ke utara untuk mencari ilmu, macam biasa time nie dah besar sikit aku nak la try mintak moto..mana tau kot2 dapat..tp jawapan tetap sama,n apa yang aku yang aku mintak memang xdapt..macam biasa la,aku akan jarang balik ke kpg..hanya cuti2 panjang aku akan balik...3 tahun di utara,hidup dengan apa yang aku ada,jarang nak ada pertambahan kepada diri aku,kecuali bila ada lebihan dari pinjaman ptptn aku akan membeli beberapa benda yang aku nak..tu pon senyap2...takut 6t kene marah plak...aku nak merasa apa yang orang lain rasa,apa yang orang lain dapat,, aku akan penuhkan jadual aku dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan di poli untuk mengelakkan aku dari pikir yang bukan2...

seteklah tamat,tiba time konvo..aku mengharapkan majlis konvo aku akan dihadiri oleh ahli keluarga aku sekurang2nya mak dan ayah aku, tapi,sebaliknya berlaku, majlis konvo aku hanya aku sorang jew yang pergi. bila sampai kat poli,sedih sangat bile tengok kawan2 aku semua dengan ahli keluarga masing2..tp apa boleh buat,,aku kena la terima yang time tu aku sorang jew...yang sedihnya, majlis konvo akak dan abg aku family aku pergi,tp tiba time aku,xda orang yang pergi........

sehingga aku merasa kan bahawa aku nie xda orang yang sayang,aku nie anak angkat,dan macam2 lagi perasaan yang tidak sedap didengar..

tiba satu hari,aku keluar dengan seorang yang aku rasa dia banyak membantu aku aku,meningkatkan motivasi aku,,dia cakap "kau jangan samakan mak ayah ko, dengan mak ayah orang lain,kau jangan cakap mak ayah kau xsayang kau"mesti ada sebab kenapa dia xdatang,mesti ada sebab kenapa apa yang kau nak dia xbagi....

aku mula berfikir, sepanjang pembelajaran aku, bila aku mintak duit,mak ayah akau akan bagi,walau sikit pon.kalau aku balik kampung,n aku nak balik semula,mak ayah aku akan tanya,ada duit x?cukup x duit?
sejak dari itu,aku sentiasa terfikir, akan setiap apa yang mak ayah aku buat untuk aku, dan aku mula sedar, walaupon aku xdapat apa yang orang lain dapat, mak ayah aku tetap amik berat tentang aku,,,sejak dari itu juga aku meletakkan diri aku sebagai orang yang bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab aku tau ada orang yang xdapat apa yang aku dapat..aku mula hilangkan perasaan dan rasa yang aku nie xda orang sayang dan sebagainya....

mula dari itu juga, aku mula belajar bahawa aku kene sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini, dan aku kene berusaha untuk mendapatkan apa yang aku perlu untuk masa depan aku.....dan sekarang,,alhamdulillah semua kembali seperti biasa,dan aku lebih tenang dalam menghadapi setiap apa yang akan berlaku di masa depan....

akhir kata,bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari nie....sebab, ada orang, yang xda apa yang kita ada....

No comments:

Post a Comment