Tuesday 6 November 2012

BETAPA INDAHNYA SAAT ITU

mula-mula aku menjejakkan kaki.....aku mula mencari kawan-kawan baru,aku mula mengenali kawan-kawan aku.....mencari dan terus mencari untuk memanbah koleksi kawan2 aku...aku suka berkawan. dan aku memang ramai kawan....dalam pencarian tersebut, aku terjumpa seorang yang telah membuatkan aku untuk mengenali dirinya..walaupun aku tidak mengetahui namanya, aku nak sangat kenal akan dirinya..\

bila diberi peluang untuk mengenali dirinya, aku mula mengenali dirinya..aku nak tahu tentang dirinya, kehidupannya dan sebagainya...sama la macam orang lain yang baru nak mengenali seseorang...itu juga yang aku lakukan..aku mengenali dirinya bukan kerana rupanya, dan bukan kerana apa yang dia miliki, tetapi aku mengenali dirinya kerana aku tahu dia mampu untuk memahami akan diri aku..itu sebab kenapa aku nak mengenali dirinya...mungkin akan ada orang yang cakap dibelakang..tapi aku tidak pedulikan apa yang orang kata, kerana aku tahu apa yang aku buat,n apa yang aku niatkan....semasa berkenalan aku sentiasa berdoa, ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku, Kau satukanlah hati kami, dan jika dia bukan jodohku, Kau jadikanlah kami sebagai sahabat untuk selamanya..setiap hari aku ucapan itu la yang keluar dari bibir aku memohon kepada NYA..aku tidak ada tempat lain untuk mengadu selain dari mengadu kepadaNYA..hanya kepadaNYA aku berserah, dan hanya kepadaNYA aku memohon pertolongan....

aku juga serahkan segala nya kepada ALLAH..kerana dalam doa ku, sekiranya apa-apa berlaku, KAU kuatlah diriku, KAU tingkatkan lah kesabaran ku, kerana aku Redha dengan setiap apa yang berlaku..walaupun mudah diungkapkan, sebenarnya amat sukar dilaksanakan..tp aku tahu, sebarang kesulitan yang melanda, aku hanya meminta ketenangan dari NYA..tiada orang lain lagi yang mampu memberi ketenangan seperti mana yang diberi olehNYA...aku tidak akan pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan kawan2 aku yang lain, kerana aku rela berkorban untuk lihat orang lain bahagia dan berjaya, aku rela bekerja lebih kuat untuk memberi orang lain kesenangan...kerana itu adalah diri aku....kerana aku yakin bahawa ALLAH SWT sentiasa ada bersama aku....

aku juga memohon agar dijauhkan dari diri aku perasaan hasad dengki, perasaan untuk membenci orang lain, dan sebagainya....kerana aku xnak perasaan itu menyebabkan pergaduhan di antara aku dan kawan2 aku...
aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawan2 aku...n aku sentiasa mendoakan kawan2 aku...mudah-mudahan doa aku diterima olehNYA..INSYAALLAH.....


2 comments:

  1. ikhlaskan hati kerana Allah....cara yang terbaik untuk mengawal emosi kan...

    ReplyDelete
  2. itu lah yang jalan yang terbaik....buat lah sesuatu itu kerara allah....insyaallah akan dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete